Amreen

Posted in 2nd pregnancy, amreen on November 20, 2010 by sufi

Lilypie First Birthday tickers

Amsyar

Posted in amsyar, new world on October 9, 2008 by sufi

Lilypie Third Birthday tickers

bila terdampar kat umah di hujung minggu (read:malas wat pape)

Posted in amreen, amsyar, bebelan, weekend's xtvt on October 31, 2011 by sufi

tajuk tak agak-agak, macam ikan paus lak. terdampar. hahahah. sukatiku je.
apa ek yang dah berlaku selama tak update blog ni? hmmm. banyak. tapi malas la nak recall semua.
minggu lepas mak mertua melepak kat sini. sini means umah aku, umah kakak-kakak iparku.
seminggu diorang kat sini. alhamdulillah. sebab aku kena outstation 2 hari. ke pontian dan meradong.
jangan bimbang. of course la aku wat trip balik hari. walaupun ke meradong.
kids ok la sebab ada ramai yang meneman. cuma amsyar je demam hari aku nak ke pontian.
kalo ikut sewel aku, memang rasa macam nak batalkan trip tu. tapi disebabkan ada lagi unsur-unsur kewarasan dalam diri aku (alhamdulillah). aku tawakkal je. seb baik mrH bersedia untuk amek cuti kot2 amsyar demam teruk.
turns out rupanya amsyar tak demam pun pas mandi semua, kat klinik badan dia tak panas langsung, siap nak gi skolah lagi.
mrH dah siap amek EL dah masa tu. so amsyar ke skolah cam biasa je. mrH bercuti dan berjalan-jalan bawak abah gi shopping.
ari deepavali lak kak ipar belanja makan nasi arab, pastu g menghabiskan masa lapang kat nilai.
disamping itu juga aku telah tukar tepon. takde dh BB. bosan lak guna. skang guna SE. Ray.
ari jumaat siap amek cuti sebab kena beli goodies untuk kenduri adik aku. banyak giler la barang yang boleh dijadikan goodies yea. yang paling aku tergezut, pen. PEN??? sungguh ilmiah plak aku rasa kalo bagi pen. ada gak tisu. hmmm. last skali aku beli hadiah biasa je. sabun. tapi cantik. mestilah aku kata cantik sebab aku yang pilih dan bayar.
so disebabkan minggu tu dah macam-macam aku buat, weekend dah kepenatan. melepak je kat umah. ahad tu siap aku leh tengok hbo movie back to back lagi. citer julie&julia. pastu thebackupplan. best gak 2-2 citer tu. julie&julia tu menyebabkan aku update blog hari ni.hahahahha. feeling la skit. walaupun tengok tv ditemani amreen, sebab mrH sibuk ngan keta dia kat luar, amsyar plak jadi tukang sibuk. aku aman tengok movie ngan si kecik. rasanya dah lama gile aku tak menghayati movie, ada je benda nak buat. tu pun kalau tak berebut citer ngan amsyar atau berebut remote ngan mrH. all in all, i love my malas weekend!

bila dah abis semuanya

Posted in bebelan, weekend's xtvt on September 26, 2011 by sufi

lama dah tak berupdate, dah lupa ada blog. kah kah kah. takpelah, bukan ada follower pun, so tak rasa berdosa.

baru je abis berkampung kat laman 1malaysia putrajaya atau nama kampung dia tapak pasar malam presint 2. KUD2011. bertugas siang dan malam. time duty malam, aku memang angkut amreen skali, amsyar ngan abah dia. amreen ok je, dia suka jumpa-jumpa orang ni. semua dia sengih-sengih. tapi biasanya dia tido je.

pastu skang ni ofis dah kat presint 4. at last, aku berofis di putrajaya setelah menetap kat sini lebih kurang 8-9tahun, tapi berofis di luar putrajaya. skang sedikit tenang sebab ofis kat putrajaya, kids pun kat taska dalam putrajaya. tapi takdelah cepat sangat leh sampai umah, tau-tau jelah traffic light kat putrajaya ni sama banyak ngan pokok. tak abis lagi gear 3 dah jumpa traffic light lain, nyampaaaahhh aiii.

raya ari tu lak biasa-biasa je. dah lama takde drama kan? raya ari tu drama secara besar-besaran pas aku balik ke terengganu. drama yang masih belom ada penghujungnya. penatlah nak nasihat org tua nih. being the 2nd youngest child, my voice almost doesn’t count.(boleh camtu?) my hatred towards her remain or maybe stronger. bayang dia pun aku rasa benci. i hate her. gandakan 10000.

minggu ni mak ayah dan seluruh family akan turun putrajaya dan semestinya la dok umah aku…seronotnyaaaa. diorang datang sebab adik aku nak kawin. ngan orang kajang. ayah masih lagi tak tahu nak datang ke tak (boleh?). sebab dia taknak jumpa ‘orang’ tu. oh ayoh, kito wat tok napok jela dio, kalu dio kecek pun wat tok dengar jah. kalu raso beci sangat, ayoh tapar jah muko dio…muahahahhahahah. best kan kalo aku bleh tampar muka ‘dia’….tampar tak best, aku rasa nak tumbuk muka dia. biar penyek…

bila dah pening

Posted in amreen, amsyar, bebelan on May 24, 2011 by sufi

sepatutnya minggu depan aku dh masuk ofis.

tapi rasanya nak extend skit.

sebabnya taska si kecik ni belom ditemui lagi.

pening cari taska kat putraj@ya ni.

sangat banyak, yet, tak banyak yang amek baby kecik ni. kebanyakan kuota dah penuh.

kenapa tak letak kat amsyar? panjang citernya dan complicated. malas nak taip-taip. hahahah

mak dan ayah baru je balik td. terharu sebab ayahku dalam tak berapa nak sehat sanggup datang sini sebab nak tengok cucu baru.

tapi cucu-cucu lain yang ada kat sini pun dia gi tengok jugak. tapi…cucu kat kampung jugak yang dirindui.

petang ni nak gi jumpa owner taska. hopefully memuaskan dan meyakinkan.

amreen – alhamdulillah semakin besar dan pandai. cucuk 2 bulan aritu pun demam. tidur malam lena je. 2 kali je max dia bangun. sebab dia jenis kalo berak pun bleh tidor lagi. tak macam abang dia. abang dia lambat skit tukar pampers meraung macam kena dera. sejak dalam pantang lg. yang si amreen lak as long as kenyang dan sejuk, dia bleh tidur lena je.

amsyar – minggu ni minggu manja ngan ibu. ntah kenapa. jaga tengah malam pun nak berselimut dan ditepuk-tepuk oleh ibu. sayang baby. suka tepuk-tepuk baby. nyanyi twinkle-twinkle kat baby (tapi ibu n abah kena nyanyi sama. huh!). pantang dgr baby nangis, dia kan jerit kat ibu suruh bagi susu. yg haru nya bila dia tgk baby nyusu, dan-dan tu dia pun…”nak tu-tu” dengan nada yang paling sedih.  mintak nak susu jugak. kalo ibu or abah buat gelak-gelak/buat tak tahu, dia akan buat gaya masukkan jari dalam mulut macam tgh minum susu. agaknya dia ingat kitorg tak faham kot dia mintak susu. hahahhaha. kesian anak aku. skang ni ada toy baru, keta kontrol. aku suka ada keta tu. amsyar dah kurang sepahkan bola/mainan/playdoh dia. dia main keta je. dan bila dia main keta, dia akan mengantuk. hahahahha….automatically dia akan tidur awal skit daripada biasa.

uhh...terserlah ke'hitam manis'an amreen bila dok tepi amsyar

amreen yg suka senyum

posing ngan keta baru. sebelum ianya musnah ataupun total lost. hahaha

bila dh overdue

Posted in 2nd pregnancy, amsyar, bebelan on March 9, 2011 by sufi

Alahai…
Patutnya baby kuar semalam – 8 mac
Tapi sampai skang masih belum ada tanda-tanda
Kalo baby kuar ikut jadual, sama ngan tarikh anniversary ibu dan abah tau

Pregnancy kali ni rasanya lagi hebat
Kalo dulu, loya dan angin masa 4 bulan yang awal-awal tu je
Kali ni, dah overdue sehari pun aku masih lagi muntah-muntah, boleh?
Tapi bukanlah selalu, kadang2 je. Ada jugak tengah tido malam2 aku bangun muntah sebab heartburn

Pasal amsyar plak, makin manja ngan aku
Dan dah pandai sebut ‘ibu’ – walaupun kadang2 bunyi macam ‘tipu’
Ok lah berbanding sebelum ni
Kadang2 dia panggil aku abu, kadang2 abi, biasanya nah…
Mulut pun sangat bising
Padahal bukan pandai cakap pun
Bising dalam bahasa dia
Koleksi bola pun dah makin banyak sebab tiap kali jumpa bola, dia nak beli
Seb baik la bola tu murah2 je reganya…
Harapnya amsyar boleh menerima kehadiran baby dengan hati terbuka
Hahaha. Terbuka lah sangat

Okeylah. Kalo rajin aku update lagi. Rindu nak tulis diary sebenarnya

P/s: aku rasa baby ni boy…

bila dah dekat EDD

Posted in 2nd pregnancy on March 2, 2011 by sufi

mungkin ni the last time aku tulis blog sebelum beranak untuk kali ke 2 ni

alah…macamlah aku kerap sangat update. hehehehe

ada amsyar sorang tu pun, susah aku nk update…apetah lagi bertambah sorang lagi

takpelah. ada masa aku update lagi

insyaAllah minggu depan baby akan kuar…hopefully semuanya selamat

bila rasa risau (kali ke berapa ntah)

Posted in 2nd pregnancy, mengadu domba, pregnancy on December 29, 2010 by sufi

So far aku dah 3 kali scan baby. 2 kali yang terakhir tu doctor cakap uri aku slightly below normal. Biasanya orang panggil plasenta previa. Orang kampong panggil uri bawah. Ni ada sikit info pasal plasenta previa:

Apa itu plasenta previa, dan adakah kerap berlaku?
Plasenta previa (placenta praevia) adalah plasenta atau uri yang terletak rendah. Ia adalah komplikasi kehamilan yang mana plasenta berada di bahagian bawah uterus dan menutupi sebahagian atau kesemua serviks atau pembukaan rahim. Dalam setiap 1,000 wanita, antara tiga hingga enam orang mempunyai masalah ini. Perdarahan mungkin berlaku sebagai satu simptom keadaan ini. Apabila bahagian bawah rahim atau uterus mulai regang pada peringkat kedua kehamilan, plasenta mungkin terpisah, menyebabkan perdarahan yang teruk. Bayi tidak boleh dilahirkan melalui vagina jika plasenta menutupi pembukaan rahim secara menyeluruh.

Walaupun doctor tak cakap yang aku ni stage mana, berdasarkan penaakulan aku sendiri mungkin kat stage 2 kot. Sebab uri tak tutup bawah betol2. Dia cuma bawah skit daripada biasa. Still aku memang terganggu. Kalo ada bleeding skit pun kena terus refer kat spital dan most probably kena admit(bedrest) sampai bleeding stop ataupun worst case scenario…sampai baby matang untuk dikuarkan ngan c-zer. Skang ni baru 30 weeks. Lagi 6 minggu baru baby matang. Aku bimbang…

Perdarahan yang tidak dapat diberhentikan (haemorrhage) boleh menggugat nyawa kedua ibu dan bayi, walaupun ini jarang berlaku. Jika perdarahan tidak berhenti, atau jika ibu terus maju ke peringkat kelahiran pramatang, bayi akan terpaksa dilahirkan melalui pembedahan caesarean walaupun jangkaan tarikh bagi kelahiran bukan untuk beberapa minggu lagi.

Plasenta previa boleh dibahagikan kepada empat jenis, yang disenaraikan di bawah, di mana yang dua terdahulu adalah yang paling biasa.
I plasenta terletak rendah di bahagian bawah rahim, namun begitu, bayi masih boleh dilahirkan melalui vagina;
II bahagian bawah pinggir plasenta bertemu dengan pembukaan serviks, tetapi tidak menutupinya, jadi bayi masih boleh dilahirkan melalui vagina;
III plasenta menutupi sebahagian pembukaan serviks, oleh itu, bayi perlu dilahirkan melalui pembedahan caesarean;
IV plasenta menutupi pembukaan serviks sepenuhnya, oleh itu bayi perlu dilahirkan melalui pembedahan caesarean.

Jika anda ada membuat imbasan ultrasound semasa awal kehamilan dan plasenta ternampak seakan-akan terletak berdekatan dengan serviks atau menutupinya, jangan pula anda merasa terlalu bimbang. Itu semestinya bukan plasenta previa. Semasa bayi anda membesar, uterus anda yang mengembang itu akan secara semulajadi, menarik plasenta dan memisahkannya dari serviks. Walaupun plasenta masih terletak rendah semasa imbasan minggu ke-20, ini mungkin bukan lagi merupakan satu masalah apabila anda sudah cukup bulan. Ini adalah disebabkan semasa pembesaran bahagian bawah rahim anda, kebanyakan plasenta seakan-akan “bermigrasi” ke atas di waktu trimester ketiga.
Apakah beberapa petanda amaran plasenta previa?
Perdarahan vagina yang tidak sakit semasa tiga bulan terakhir kehamilan selalunya merupakan petanda amaran dan anda perlu memanggil doktor dengan segera jika ini berlaku. Namun begitu, mungkin tiada petanda amaran langsung dan kenyataan yang anda mempunyai plasenta previa mungkin hanya diketahui semasa imbasan ultrasound.

Lesley, seorang ibu BabyCentre UK, menjalankan imbasan pada minggu ke-16, dan ini menunjukkan yang plasentanya berada dekat dengan serviks. Doktornya tidak begitu bimbang, jadi Lesley meneruskan kehidupannya yang sibuk. Dia pergi untuk percutian berkhemah dan membuat perjalanan ke negara Jerman.

Imbasan seterusnya pada minggu ke-28 menunjukkan yang plasenta Lesley sememangnya menutupi serviksnya. “Doktor saya lebih bimbang dan berwaspada pada kali ini,” kata Lesley, “dan meminta saya supaya memaklumkan dia dengan serta merta jika berlakunya sebarang perdarahan.” Dia juga dinasihatkan supaya jangan terlalu aktif dan supaya banyak berehat untuk mengurangkan risiko perdarahan. Dia tahu yang bayinya perlu dilahirkan melalui pembedahan caesarean.
Apakah rupa plasenta previa?

Adakah sesetengah wanita lebih berisiko dari yang lain?
Wanita yang mengandung bayi kedua dan seterusnya lebih berisiko daripada wanita yang mengandung bayi pertama. Lebih berisiko lagi adalah wanita yang sebelum itu bersalin melalui pembedahan caesaraean, atau mereka yang sudah melalui kehamilan dengan plasenta previa, atau yang merokok. Namun begitu, kebanyakan wanita dengan plasenta previa tidak mempunyai sebarang faktor risiko yang ketara.
Bagaimana untuk menangani plasenta previa?
Ini bergantung dengan sama ada anda mengalami perdarahan dan pada minggu kehamilan yang berapakah ianya berlaku. Jika keadaan ini didiagnos selepas minggu ke-20, tetapi anda tidak mengalami perdarahan, anda mungkin dinasihatkan supaya tidak melakukan sebarang senaman yang terlalu kencang dan supaya banyak berehat. Sekiranya anda turun darah dengan banyak, anda akan dimasukkan ke hospital supaya pendarahan boleh diawasi dan walaupun ianya berhenti selepas itu, anda mungkin akan diminta tinggal di hospital sehingga bayi anda sedia untuk dilahirkan. Anda akan dinasihatkan untuk tidak mengadakan hubungan seks semasa kehamilan itu sebab ianya akan menerukkan lagi perdarahan dari plasenta yang terduduk rendah.

Lesley mengalami episod perdarahan pertamanya pada minggu ke-32 – kehilangan darah adalah seakan-akan kedatangan haid. Dia disuruh supaya berehat dengan tenang di rumah, tetapi, empat hari selepas itu, dia mengalami perdarahan yang lebih banyak dan dimasukkan ke hospital selama lima hari sebelum dibenarkan balik ke rumah semula.

“Saya dibenarkan pulang hanya sebab suami saya bekerja di rumah,” kata Lesley.
“Kalau tidak, saya mungkin diperlukan duduk di hospital sehingga habis tempoh kehamilan.” Lesley telah diberikan suntikan steroid untuk membantu paru-paru bayi matang sekiranya ia dilahirkan awal.

Dia masuk ke hospital untuk menjalani pembedahan caesarean pada minggu ke-36. Anaknya dilahirkan dalam keadaan sihat. Lesley kehilangan darah sedikit semasa pembedahan dan memerlukan transfusi darah selepas itu. Dia pulih sembuh sepenuhnya.

Bila cap jari anda tidak dapat dikesan

Posted in bebelan on December 28, 2010 by sufi

Ok. Aku memang ada masalah bab-bab cap jari.
1st aku discover masalah ni ialah masa nak tukar IC. Masa tu kat shah alam. Puas kerani tu tengeh-tengeh jari aku tak dapat gak cap jari. Lupa dah camane dia buat.
2nd masa aku nak tukar IC lagi baru-baru ni sebab cip IC aku dah takleh pakai. Lama gak kerani tu try2. At last dapat gak
3rd Aku nak tukar kad ATM Mebeng, aku sampai bank kol 3, sampailah pintu bank dah tutup baru settle masalah cap jari aku. Itupun lepas dh bertukar 2 org kerani, 2 mesin cap jari. Last2 diorg give up, mintak lesen je sebagai supporting dokumen.
4th Aku buat passport. Berpeluh mamat tu nak amek cap jari. Last2 dia panggil bos dia yang agak memahami sebab dia tanya aku:
“ada basuh-basuh keta ke ari ni?” kata bos mamat kaunter.
“hah?takde” kata aku yg blur kejap.
“heheh. Saya kalo basuh keta, cap jari pun jadi rosak” kata bos mamat kaunter itu lagi.
“wooooooo” kataku lagi.
Sebab tu aku kata dia memahami. Sebab dia pun ada masalah yang sama
Solution: aku takleh lalu autogate kat imigresen. Sila beratur kat kaunter yang ada pegawai.

Masalah aku ialah tanganku yang sangat sensitive. Ataupun kering. Tak tahu apa yang aku alergikkan. Sabun mandi kah?sabun basuh kah? Makanan kah? Dah tukar semua sabun, camtu gak tangan aku nih. Kadang-kadang malu kalo bersalam ngan org. kasar mcm buruh binaan tangan aku skang ni. Dulu pn takdelah lembut sangat, tp lately makin teruk lak. Krim pun dah macam-macam aku beli. Tp beli jelah. Pakai time ingat je. Huhuhuhu. Skang ni aku dh tahap pakai glove kalo basuh pinggan-mangkuk. Menambahkan kemalasan nak basuh mereka2 itu.

bila sudah november

Posted in 2nd pregnancy, amsyar, bebelan, pregnancy on November 20, 2010 by sufi

pejam celik dah bulan 11 pun. cepat sungguh tahun ni berlalu.
aku tengah kekeringan idea untuk menggoreng kertas merenung dan assignment individu.
dahlah ngantuk. tp terpaksa gak siapkan sbb isnin nk kena anta. huwaaaa…last minute punya keje.
kalo buat awal-awal pun bukan ada idea pun lagi (lame reason)
oleh sebab kitorg tak balik raya haji tahun ni (dh 2 thn berturut-turut…huwaaaa)
aku gunakan masa yang ada iaitu 2 hari di ofis yang sunyi untuk buat assign
walaupun tak siap…at least adalah page yang bertulisan
sbnrnya…best jgkkan g ofis time org semua bercuti (untuk sedapkan hati sendiri)

owh…baby sgtlah kuat bergerak.
mungkin sbb dia kecik dan ruang yg masih besar, senang dia berenang (berenang ke?)
tp perut aku masih kecik…dh masuk 24 weeks…nurse pn ckp perut aku kecik.
should i be worried? time amsyar dl perut kecik gak…tp dia kuar 3.39kg…takdelah kecik sgt
mungkin kulit perut aku tebal kot…hahahhaha

amsyar lak skang dh stop bf…kesian plak aku tgk…huhuhuhu
terutamanya time dia tido laa…asek menyondol je
ikutkan hati aku bg je…tp takut lak aku n baby tak cukup kalsium
byk pendapat berbeza…
ada yg kata, ok je bf sambil pregnant
ada plak yg kata , tak elok sbb rahim mengecut bila kita bf.
ntahlah…
amsyar skang dh mula tahu kalo aku sebut baby.baby…dia akan dtg dan kiss perut
hihihihi…comel je
tp tak tahulah plak camane bila dah ada baby dpn mata nnti
harapnya dia akan ok…abang amsyar good boy kan?

byknya benda nk cerita tp tunggulah…nak siapkan ringkasan eksekutif seminimum yg dikehendaki

p/s: aku beli laptop. so skang ni mrH online dr pc, aku ngan lappy. anak terbungkang tido dpn tv. wah…mcm pantun 3 kerat!

bila weekend terganggu

Posted in bebelan on June 2, 2010 by sufi

Minggu lepas aku outstation ke Perak.
Minggu ni kena pegi Sabah plak.
Minggu depan mrH plak kena kursus kat Melaka.
Adoi. Asek terganggu weekend kami bulan ni.
Apakan daya inilah nasib orang hidup makan gaji.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.