bila dah pening
sepatutnya minggu depan aku dh masuk ofis.
tapi rasanya nak extend skit.
sebabnya taska si kecik ni belom ditemui lagi.
pening cari taska kat putraj@ya ni.
sangat banyak, yet, tak banyak yang amek baby kecik ni. kebanyakan kuota dah penuh.
kenapa tak letak kat amsyar? panjang citernya dan complicated. malas nak taip-taip. hahahah
mak dan ayah baru je balik td. terharu sebab ayahku dalam tak berapa nak sehat sanggup datang sini sebab nak tengok cucu baru.
tapi cucu-cucu lain yang ada kat sini pun dia gi tengok jugak. tapi…cucu kat kampung jugak yang dirindui.
petang ni nak gi jumpa owner taska. hopefully memuaskan dan meyakinkan.
amreen – alhamdulillah semakin besar dan pandai. cucuk 2 bulan aritu pun demam. tidur malam lena je. 2 kali je max dia bangun. sebab dia jenis kalo berak pun bleh tidor lagi. tak macam abang dia. abang dia lambat skit tukar pampers meraung macam kena dera. sejak dalam pantang lg. yang si amreen lak as long as kenyang dan sejuk, dia bleh tidur lena je.
amsyar – minggu ni minggu manja ngan ibu. ntah kenapa. jaga tengah malam pun nak berselimut dan ditepuk-tepuk oleh ibu. sayang baby. suka tepuk-tepuk baby. nyanyi twinkle-twinkle kat baby (tapi ibu n abah kena nyanyi sama. huh!). pantang dgr baby nangis, dia kan jerit kat ibu suruh bagi susu. yg haru nya bila dia tgk baby nyusu, dan-dan tu dia pun…”nak tu-tu” dengan nada yang paling sedih. mintak nak susu jugak. kalo ibu or abah buat gelak-gelak/buat tak tahu, dia akan buat gaya masukkan jari dalam mulut macam tgh minum susu. agaknya dia ingat kitorg tak faham kot dia mintak susu. hahahhaha. kesian anak aku. skang ni ada toy baru, keta kontrol. aku suka ada keta tu. amsyar dah kurang sepahkan bola/mainan/playdoh dia. dia main keta je. dan bila dia main keta, dia akan mengantuk. hahahahha….automatically dia akan tidur awal skit daripada biasa.



May 24, 2011 at 8:06 am
Lah dah nak up ke 90 hari tu.. rasa macam baru je hari tu melawat kau SEBELUM bersalin.. hehe.
Semoga dapat tempat yang selesa (di hati ibu bapa juga) untuk Amreen.
Amsyar still gi kat INFR@?
May 26, 2011 at 5:34 am
heheh…jgn lupa ko pn melawat aku SELEPAS bersalin
yup. amsyar still there…tunggu baby stabil kat nursery baru, then aku nk try letak amsyar kat situ gak
May 25, 2011 at 5:44 am
comelnya dua-dua ni…
muah muah… (untuk babies)
May 26, 2011 at 5:34 am
mok dio pn comel..tokse muah2 jgk ko?
)