bila terdampar kat umah di hujung minggu (read:malas wat pape)
tajuk tak agak-agak, macam ikan paus lak. terdampar. hahahah. sukatiku je.
apa ek yang dah berlaku selama tak update blog ni? hmmm. banyak. tapi malas la nak recall semua.
minggu lepas mak mertua melepak kat sini. sini means umah aku, umah kakak-kakak iparku.
seminggu diorang kat sini. alhamdulillah. sebab aku kena outstation 2 hari. ke pontian dan meradong.
jangan bimbang. of course la aku wat trip balik hari. walaupun ke meradong.
kids ok la sebab ada ramai yang meneman. cuma amsyar je demam hari aku nak ke pontian.
kalo ikut sewel aku, memang rasa macam nak batalkan trip tu. tapi disebabkan ada lagi unsur-unsur kewarasan dalam diri aku (alhamdulillah). aku tawakkal je. seb baik mrH bersedia untuk amek cuti kot2 amsyar demam teruk.
turns out rupanya amsyar tak demam pun pas mandi semua, kat klinik badan dia tak panas langsung, siap nak gi skolah lagi.
mrH dah siap amek EL dah masa tu. so amsyar ke skolah cam biasa je. mrH bercuti dan berjalan-jalan bawak abah gi shopping.
ari deepavali lak kak ipar belanja makan nasi arab, pastu g menghabiskan masa lapang kat nilai.
disamping itu juga aku telah tukar tepon. takde dh BB. bosan lak guna. skang guna SE. Ray.
ari jumaat siap amek cuti sebab kena beli goodies untuk kenduri adik aku. banyak giler la barang yang boleh dijadikan goodies yea. yang paling aku tergezut, pen. PEN??? sungguh ilmiah plak aku rasa kalo bagi pen. ada gak tisu. hmmm. last skali aku beli hadiah biasa je. sabun. tapi cantik. mestilah aku kata cantik sebab aku yang pilih dan bayar.
so disebabkan minggu tu dah macam-macam aku buat, weekend dah kepenatan. melepak je kat umah. ahad tu siap aku leh tengok hbo movie back to back lagi. citer julie&julia. pastu thebackupplan. best gak 2-2 citer tu. julie&julia tu menyebabkan aku update blog hari ni.hahahahha. feeling la skit. walaupun tengok tv ditemani amreen, sebab mrH sibuk ngan keta dia kat luar, amsyar plak jadi tukang sibuk. aku aman tengok movie ngan si kecik. rasanya dah lama gile aku tak menghayati movie, ada je benda nak buat. tu pun kalau tak berebut citer ngan amsyar atau berebut remote ngan mrH. all in all, i love my malas weekend!