Amreen

Posted in 2nd pregnancy, amreen on November 20, 2010 by sufi

Lilypie First Birthday tickers

Advertisements

Amsyar

Posted in amsyar, new world on October 9, 2008 by sufi

Lilypie Third Birthday tickers

Bila amsyar kena asma

Posted in bebelan on November 24, 2014 by sufi

Pagi tadi pegi klinik amek neb untuk amsyar. Semalam dah kena sekali. Tapi doktor cakap datang lagi pagi ni sebab chest dia still agak tight. Bunyi ketat lagi.
So, pagi tadi kena neb lagi. Amsyar ok je kena neb. Dah biasa kena kan. Nak tak nak kena jugak biasakan diri.
Doktor suggest kitorang beli aerochamber sebab dia nak prescribe inhaler untuk amsyar since 2 minggu ni asma dia liat sangat nak hilang. Aerochamber ni untuk mudahkan ubat tu masuk dalam mulut dia sebab kalo guna inhaler direct takut tak berapa nak masuk.
Last year pun seingat aku amsyar kena asma teruk time hujung tahun. Mungkin sebab cuaca sejuk. Musim ujan. Dia plak walaupun tidur berekon, selimut susah nak lekat kat badan. Seb baik stokin dia rajin nak pakai.
Yang aku jadi tak tahan ialah sebab dia batuk masa tidur. Wajib. 2 minggu ni memang aku tidur tak lena. Kesian tengok dia batuk. Kadang-kadang dia terbangun. Kadang-kadang amreen pun boleh terbangun. Cuma abah dia je yang tak bangun-bangun. Eh. Hahaha. MrH biasanya sedar kalo amsyar batuk. Tapi dia memang tak tahu nak buat apa pun. Dan amsyar pun memang nak akuuu jugak yang entertain dia. Amek ko ayat…entertain sangat. Hahaha.
Budak asma dia sebenarnya takleh nak aktif sangat. Tapi manalah aku nak larang dia. Depan mata bolehlah jerit-jerit suh dia jangan lompat-lompat sangat. Time gi tadika? Sah-sah la ramai kawan. Takkan nak pandang je kawan main sambil terkebil-kebil mata. Memang taklah kan.
Mungkin esok atau lusa atau minggu nak pegi lagi klinik untuk beli inhaler tu. Kot lah kena asma teruk, bleh terus bagi kat rumah. Letih nak ulang alik pegi amek neb kat klinik.
Oh. Doktor jugak cakap mungkin amsyar ada kena alahan yang trigger asma dia sebab tu jadi lama nak stop. Alahai. Alahan apakah itu??

Bila dah masuk 13 minggu

Posted in bebelan on November 10, 2014 by sufi

I am pregnant. Again. 3rd time. Most probably the last kot.
Umur dah tak berapa nak muda. Rasanya yang ni last. Sebelum badan aku buat protest.
Skang ni dah masuk 13 minggu kalo ikut chartnya. Kalo ikut scan pun lebih kuranglah.
EDD 15 May 2015.
Buku belum bukak lagi sebab appointment penuh. Minggu depan baru bleh pegi klinik.
Mengandung kali ni adalah seperti biasa. Mabuk. Loya. Tak selera sangat. Tak suka minum air manis. Muntah almost everyday. Huhuhu. Kadang-kadang datang angin kus kus…3 kali aku muntah sehari pun ada gak. Kadang-kadang tak muntah langsung. Nescafe takleh nak telan sangat. Air fave aku tu. Huhuhuhu. Sedey. Why baby why. Mangga pun aku makan mesti kuar balik. Sedey. Fave aku tu. Huhuhu. Berat turun 2 kg. Time aku tak pregnant kan main susah aku nak turunkan berat. Tiba-tiba time ada jasad lain dalam tubuh bleh plak berat aku turun.
Cuma. Yang bestnya ialah setakat ni tiada heartburn. Setakat ni la. Tapi itu pun aku dah syukur sangat. At least aku taklah kena bangun tengah-tengah malam sebab heartburn dan muntah.
Nasi pun aku tak berapa suka makan. Dan kena makan dalam kuantiti yang sikit. Suku je daripada pinggan. Sesenduk je biasanya. Tak bleh nak telan sangat la. Huhuhuhu.
So. Harapnya aku akan dapat semula selera makan aku once baby dah besar skit. Aku sangat envy manusia-manusia yang time pregnant bleh makan macam-macam tanpa loya atau muntah atau heartburn. Seriously.i.really.envy.you.people.
Pasal abang-abang baby plak.
Amreen dah tak pakai pampers. Cuma urusan penyahtinjaan besar masih dalam proses pujukan untuk guna toilet. Amreen ni masalahnya dia penakut skit. Kang kena dok dalam toilet sorang-sorang dia takut. Alangkan mandi pun memang amsyar kena tunggu.
Amsyar plak skang ni dah pandai buat sendiri macam-macam benda. Dan sangat banyak bertanya. Bukan setakat bertanya je. Kalo kita jawap tak macam yang dia pikir, siaplah untuk berdebat dengan dia. Kadang aku sound dia, “kalo amsyar dah tahu jawapan, takyah tanya ibu ok?”. Jawapan ibu yang tak ilmiah langsung.

Bila kesakitan berulang

Posted in bebelan on March 6, 2014 by sufi

I need to blog about this supaya aku tak leka tentang kesakitan berulang aku ni.
Sejarah aku ngan sakit belakang dah lama bermula. Seingat aku sejak zaman anak dara lagi. Time dp@ lagilah teruk sebab selalu aktiviti lasak. Tapi time tu takdelah melampau sangat. Boleh digasakkan lagi.
As the time goes by dan aku semakin menua, kekerapan sakit belakang makin kerap plak. Dan aku plak tak serik-serik untuk jatuh.
Time pregnant kat amsyar 6 bulan kot-aku jatuh tangga
Aku pernah jatuh kat ofis sebab lantai licin
Aku jatuh tangga kat umah tanpa sebab
Dan yang paling sakit aku jatuh depan klinik sambil dukung amreen-jatuh terduduk sambil tangan kuat peluk amreen sebab takut dia jatuh. Yang ni kejatuhan yang paling sakit. Aku menangis depan klinik. Sakit sampai aku nak pitam bila bangun dari jatuh tu. Sakit sampai pandangan aku blur dan takleh nak fokus beberapa jam lepas jatuh tu.
Tapi dah kata ignorance kan…pas dah tak sakit, aku memang takde inisiatif nak g urut ke apa ke.
Amek ko…
Sakit kali ni agak teruk. Start ngan aku tunduk nak ambik barang.
Tetiba bunyi ‘tup’ kat belakang aku.
Mak aiii. Sakit giler kot. Nak gerak pun sakit. Aku ignore je masa tu.
Dahlah memang aku kena dukung amreen setiap pagi. Nak menangis rasanya time tu. Satu masa tu aku naik tangga umah sambil nangis sebab sakit sangat. Berpeluh-peluh nak sampai atas.
So pegi klinik. Doktor cakap tulang belakang macam ok. Most probably cuma muscle pain. Tapi dia bagi refer letter untuk pegi buat x ray.
Aku pun dah alang-alang dapat mc, terus gi buat x ray kat kkp9.
Alhamdulillah tulang ok. Cuma ruang antara tulang belakang aku agak nipis kata doktor tu.
Bleh doktor tu tunjuk x ray pastu cakap ngan aku
‘Ruang ni macam nipis skit kan?’ Sambil tunjuk tulang belakang aku tu.
Aku pun tunjuk muka sehabis blur yang boleh.
Rasa nak cakap je
‘Hello doktor,mana la saya tahu ruang tu patutnya tebal mane. Ni lah first time saya sedar ada ruang tu kat belakang saya ni’
Tapi aku berjaya menahan sifat sarkastik tu memandangkan aku gi x ray for free.
So dipendekkan citer aku direfer ke fisio.
Lagi 2 minggu pegi buat fisio.
Sementara itu, sila telan pain killer untuk tahan sakit.
Aku memang sangat nak elak makan pain killer, so aku tanya pakcik google apa nak buat ngan kesakitan aku ni.
Rupanya ramai orang yang sakit cam aku ni ye. So ramai yang tunjuk cara senaman untuk hilangkan sakit belakang especially lower back pain.
Alhamdulillah aku start buat sikit senaman dan bleh release the pain la. Not totally gone but gradually decrease. Yelah. Takkan aku nak telan pain killer 2 minggu sementara tunggu fisio.

Bila berkelah di janda baik

Posted in amreen, amsyar on March 1, 2014 by sufi

Skang ni dah masuk mac 2014.
Usahlah dikenang bila last aku update blog. Dah terlalu lama rasanya.
Tetiba je sebenarnya plan nak main air sungai.
Walaupun aku ni pure orang kampung dan kampung aku memang ada sungai, aku tak pernah mandi sungai macam yang drama-drama selalu tunjuk tu.
Kenapa ek? Kalu banjir memang aku selalu main, tapi air sungai tak pernah. Sebab tu sampai tua tak reti berenang. Sekadar teritip di tepi kolam.
Anyway….
MrH pun merajinkan diri menyurvey chalet-chalet yang ada. Banyak rupanya chalet kat janda baik ni. Kitorang decide duduk kat rumah bonda.
Sewa 3 bilik sekali ngan 4 family in laws aku. Datang ramai-ramai baru lah best. Siap berbbq bagai.
Best giler kot sebab sungai mengalir betul-betul belakang bilik kitorg ni ha. Bukak pintu terus boleh terjun sungai. Syiokkk.
Anak-anak kegembiraan lah kan jumpa air. Jakun macam ibu dia jugak. Haha.
Tapi amreen tak berapa suka mandi sungai. Dia jenis tak nak pakai baju time mandi. Be it mandi pantai ataupun kolam ataupun sungai. Dia tak boleh kain melekat-lekat kat badan dia. Penggeli btol…
Oh…Amreen akhirnya pandai sebut ‘ibu’…
Kalo tak asek dok ‘abu-abu’. Stress aku 3 tahun jadi abu. Manja kededek plak tu skang ni. Cikgu taska dia pun cakap dia makin manja. Letih betul. Dia yang buat hal, dia yang nangis dulu.
Amsyar plak kat tadika aku masukkan kelas taekwando. Saje je bagi dia bersenam skit. Hajatnya nak masukkan kelas renang tapi doktor kata hold dulu sebab takut asma dia datang balik. Ni dah masuk bulan ke2 dia tak kena asma. Harapnya bertahanlah. Minggu lepas tak pasal-pasal aku kena pegi nursery cari pokok bunga sebab kelas amsyar buat taman. Tiap-tiap hari berzikir ‘amsyar nak pokok bunga hidup’. Kenapa dia mesti sebut bunga hidup?haaa…sebab masa first dia mintak, aku suh dia bawak bunga plastik hahahaha. Kejam tak? Yelah, mana aku nak cari bunga kalo dah malam-malam buta baru nak bagitau. Nasib kaulah anakku,dapat ibu sewel.
Aku tak tahu lah skang ni aku dalam fasa jiwang ke apa. Tapi aku start baca buku citer melayu, tengok drama melayu – ariana rose – to be specific, yang kalau dulu aku tak amek peduli pun dan yang paling pelik-aku layan drama korea pasal budak-budak sekolah-the heirs-. And i love kim tan! Hahahaha. Terasa sungguh teenager.
MrH pun pelik tengok tetiba aku beria dok layan citer padahal sebelum ni aku malas nak melayan sangat. Yang si amreen plak join sekali aku tengok sebab aku cakap tu citer otromen. Hahahaha. Kan bahasanya lebih kurang, muka pun ala-ala je. Jadi dia diam je tengok citer tu. Agak-agak lambat sangat nak tunggu otromen, dia gi main ngan amsyar. Hahahaha. Sampai abis citer pun takde nak. Ibu kelentong mu sayang…

image

Selfie dlm keta sewa kat langkawi

image

Fav picture of him

Bila dah sampai disember

Posted in amreen, amsyar on December 5, 2013 by sufi

Tajuk cliche tak hengat…
Setiap kali disember terasa macam…wow…dah nak abis 1 tahun
Last post adalah raya puasa
Pemalas lipas sungguh
Banyak benda dah jadi through out this 3 month
Takyah nak flashback sangatlah sebab aku takde mood
Amsyar baru je ok skit sebab kena serangan asma
Aku rasa penyebabnya adalah cuaca yang sangat panas masa pergi kenduri sepupu mrH kat jengka 7
Panasss giler….apalagi bila amsyar jumpa air sirap terus minum tanpa was was
Gabungan amsyar-panas-ais tak pernah boleh bersama
Samada tonsil dia membengkak atau dia kena asma
Duhh…kesian anak aku…apa pun tak boleh
Dah la makin kurus
Kena kali ni agak teruk sampai tahap aku kena pergi emergency la sebab doktor klinik bagi refer letter
Kena gas kat emergency barulah dada dia lega skit
Mujur laa dia tak kesah kena gas
Sebab dah biasa kot
‘Amsyar suka la gas ni. Amsyar nak bawak balik’
Hahahhahah…sabor jelah…ni reta spital nak.sukati je nak bawak balik
Amreen pulak musim mengigau mengamuk dalam tido
Stok yang memang tak bleh nak dipujuk
Geram betul
Aku suspek dia selalu gaduh kat taska nih
Pastu terbawak-bawak dalam mimpi
Puas dah baca segala doa sebelum tido
Yaasin pun aku baca kekadang tuh
Manalah tau kan kot ada gangguan syaitonn kan…
Tapi macam bukan je. Dia nih yang teringat ingat pergaduhan dia kat taska nih
Minggu ni plak tetiba aku sakit mata
Seb baik la 2 hari je aku kena
Mungkin bukan sakit mata yang biasa tu
Lebih kepada gatal dan merah tapi tak sakit

image

image

image

Bila dah habis raya

Posted in bebelan on August 16, 2013 by sufi

Salam aidilfitri.
Hari ni baru hari ke 2 masuk ofis lepas raya. Agak tenang since ramai masih cuti.
Bos pun tak kacau sangat.
Raya pertama tahun ni kat pasir hor.
Raya ketiga baru gerak ke jerangau.
Amsyar sepanjang raya memang emosi tak stabil.
Memula tekak dia sakit sebab terkena batang plastik – usah ditanya camane bleh terkena anak tekak dia. Menyakitkan hati je bila aku ingat semula.
Pastu dia jadi demam sebab luka tu start ada nanah.
Pastu dia batuk. Lelah datang lagi.
So, dalam keadaan biasa pun dia akan kurang makan bila balik kampung, apatah lagi bila sakit, memang tak makan langsung. Bila dah tak makan, lapar dan bad mood menjadi-jadi sampai aku rasa nak mengamuk je time2 raya.
Harapkan minum susu je banyak.
Amreen on the other hand, ok je. Bleh masuk ngan semua orang. Layann je.

image

Gambar raya family kecik

Tadi plak amsyar jatuh dan gusi dia tersagat kat meja. Seriau gile.
Aku rasa nak pengsan tengok darah dia.
Being ibu yang penakut, aku memang panik.
MrH yang tengok luka amsyar.
Tuam dengan ais kat atas gusi dan bibir.
Amsyar punya menangis takyah citer lah.
Meraung. Air mata bak ujan monsun.
Nasib baik kejap je drama tu.
Pastu dia lapar. Mintak nak makan biskut tayar. Then minum susu.
Pastu kuar jap naik keta.
Mulut bak bertih kembali beraksi.
Macam tak sakit plak cara dia membebel dalam keta.
Tapi esok kena pantau gak. Kalo teruk kena g klinik mintak ubat kot.

image

Abang dan adik in green

Bila demam di weekend bulan puasa

Posted in amreen, amsyar, weekend's xtvt on July 28, 2013 by sufi

Ntah kenapa aku ngan mrH bleh demam semalam. Tambah haru amsyar demam dan cirit birit. Kiranya semua orang tak terdaya buat pape.
Kecuali amreen yang maintain je.
Alhamdulillah jugaklah kan.
Kalau amreen pun demam memang derita tahap infiniti lah aku jawapnya.
Pagi-pagi goreng nuget, ayam pastu rebus telur.
Bagi amreen kenyang supaya dia tak meragam.
Pastu dah tengahari aku gorengkan mee.
Bila dah settle makan untuk amreen baru bleh bertenang dan merehatkan diri dengan menepek kat sofa.
MrH memang tidoo je sebab tak larat.
Yang si amsyar plak tak tahu kenapa dia jadi cirit birit. Tapi dia aktif je. Takde muntah-muntah pun. Dia cuma demam masa petang jumaat. Malam tu tido awal gile. Aku doa biar dia sihat,biar aku yang tanggung sakit amsyar tu.
Tinggg. Esoknya terus makbul doa aku. Amsyar sihat dah tak demam cuma ada skit cirit.
Aku plak yang lembik sebab demam.
Aku bukak puasa ngan air milo secawan, buah anggur 2 bijik pastu nasi sesuap. Makan nasi pun sebab nak telan ubat.
Kalo sepanjang bulan puasa camtu gaya aku berbuka. Soheh!kurus melidi aku time raya nanti. Uhuk…
Hari ni baru lah semua orang sihat alhamdulillah.
So, plan nak pegi shopping apa-apa yang patut. Alih-alih semua tempat penuh. Warta penuh.kompleks pkns penuh.alamanda aku malas nak jenguk sebab rasanya confirm penuh jugak.
Dahlah amsyar sebukkk nak beli jam baru.
Melilau cari jam sampai ke econsafe. Saborr jelah.
Minggu ni last keje sebelum cuti panjang raya.
Minggu yang sangat padat dengan pelbagai meeting dan event.
Hopefully i will survive…