Bila amsyar kena asma

Pagi tadi pegi klinik amek neb untuk amsyar. Semalam dah kena sekali. Tapi doktor cakap datang lagi pagi ni sebab chest dia still agak tight. Bunyi ketat lagi.
So, pagi tadi kena neb lagi. Amsyar ok je kena neb. Dah biasa kena kan. Nak tak nak kena jugak biasakan diri.
Doktor suggest kitorang beli aerochamber sebab dia nak prescribe inhaler untuk amsyar since 2 minggu ni asma dia liat sangat nak hilang. Aerochamber ni untuk mudahkan ubat tu masuk dalam mulut dia sebab kalo guna inhaler direct takut tak berapa nak masuk.
Last year pun seingat aku amsyar kena asma teruk time hujung tahun. Mungkin sebab cuaca sejuk. Musim ujan. Dia plak walaupun tidur berekon, selimut susah nak lekat kat badan. Seb baik stokin dia rajin nak pakai.
Yang aku jadi tak tahan ialah sebab dia batuk masa tidur. Wajib. 2 minggu ni memang aku tidur tak lena. Kesian tengok dia batuk. Kadang-kadang dia terbangun. Kadang-kadang amreen pun boleh terbangun. Cuma abah dia je yang tak bangun-bangun. Eh. Hahaha. MrH biasanya sedar kalo amsyar batuk. Tapi dia memang tak tahu nak buat apa pun. Dan amsyar pun memang nak akuuu jugak yang entertain dia. Amek ko ayat…entertain sangat. Hahaha.
Budak asma dia sebenarnya takleh nak aktif sangat. Tapi manalah aku nak larang dia. Depan mata bolehlah jerit-jerit suh dia jangan lompat-lompat sangat. Time gi tadika? Sah-sah la ramai kawan. Takkan nak pandang je kawan main sambil terkebil-kebil mata. Memang taklah kan.
Mungkin esok atau lusa atau minggu nak pegi lagi klinik untuk beli inhaler tu. Kot lah kena asma teruk, bleh terus bagi kat rumah. Letih nak ulang alik pegi amek neb kat klinik.
Oh. Doktor jugak cakap mungkin amsyar ada kena alahan yang trigger asma dia sebab tu jadi lama nak stop. Alahai. Alahan apakah itu??

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: